Analisis dan ramalan perdagangan pasangan mata wang USD/CAD untuk 26 Mac, 2020

Laporan pengangguran AS amat penting, terutamanya sekarang.

Hai, pedagang yang dihormati!

Tidak dapat lari dari topik COVID-19, oleh yang demikian, pada awal artikel ini, kita perlu menyentuh lagi.

Menurut ketua Organisasi Perdagangan Dunia (WTO), yang berdasarkan pendapat pakar yang berwibawa, kemelesetan ekonomi global dan pengangguran mungkin akan melampaui krisis tahun 2008-2009. Walau bagaimanapun, ramalan itu telah diberikan lebih daripada sekali, dan pendapat ketua WTO tidak boleh disebut sesuatu yang tidak dijangka.

Walau bagaimanapun, adalah wajar untuk mengiktiraf bahawa data mengenai pengangguran dalam ekonomi terbesar dunia, terutamanya sekarang, sangat penting. Izinkan saya mengingatkan anda hari ini pada jam 13:30 (waktu London), laporan mengenai permohonan awal untuk faedah pengangguran akan dikeluarkan dari Amerika Syarikat, dan pada masa yang sama, data akhir mengenai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS untuk suku keempat akan dikeluarkan.

Terdapat berkemungkinan yang besar bahawa laporan makroekonomi ini akan mempunyai kesan yang signifikan terhadap pasangan mata wang Dolar Amerika Utara. Sementara itu, mari kita pergi ke gambaran teknikal, yang diperhatikan untuk pasangan mata wang USD/CAD, dan untuk gambaran yang lebih besar, mari bermula dengan carta mingguan.

Carta Mingguan

Pertumbuhan kukuh yang ditunjukkan oleh pasangan mata wang ini minggu lalu dibayangi oleh bayangan menaik yang cukup mengagumkan. Selepas mencapai tahap 1.4667, sebut harga jatuh ke tahap 1.4344, di mana lelongan berakhir pada 16-20 Mac.

Kebiasaanya, apabila graflilin mempunyai bayangan yang ketara, ia menjadi jelas bahawa aliran meanik tidak akan dapat mengekalkan harga berhampiran tahap tinggi yang dicapai dan pertumbuhan selanjutnya masih dalam persoalan. Dan semenjak pembukaan perdagangan dalam tempoh lima hari ini, percubaan untuk meneruskan kenaikan kadar hanya terhad ke tahap 1.4557, yang jauh lebih rendah daripada tahap sebelumnya. Seperti yang anda lihat, selepas ini, pasangan mata wang ini ditarik ke arah bawah dan diperbetulkan kepada pertumbuhan terdahulu.

Pada masa ini, ini boleh digambarkan sebagai penarikan pembetulan, dan lebih banyak kesimpulan pasti boleh dibuat hanya selepas akhir dagangan mingguan semasa.

Jika anda meregangkan grid Fibonacci dengan peningkatan 1.2950-1.4667, kita melihat bahawa pasangan mata wang ini telah mengatasi tahap penarikan pertama 23.6 dari pergerakan ini. Sekiranya pembetulan berterusan, “Kanada” akan bergerak ke tahap seterusnya 38.2 Fibo, yang melepasi berhampiran tahap psikologi dan teknikal 1.4000. Untuk aliran menurun, sekitar tahap 1.3900, adalah garis indikator tenkan Ichimoku. Oleh itu, berdasarkan kepada carta mingguan, pembetulan boleh berakhir berhampiran tahap 1.4000 dan 1.3900 dan pasangan mata wang ini akan kembali ke dinamik menaik. Jika ya, maka anda boleh mempersiapkan pembelian USD/CAD berhampiran tahap harga yang ditunjukkan. Walau bagaimanapun, sebelum anda membuka pesanan membeli, adalah lebih baik untuk mendapatkan sokongan isyarat graflilin (dan bukan sahaja) pada selang masa yang lebih rendah.

Carta Harian

analytics5e7c82ee79d63.jpg

Pada carta ini, kita melihat bahawa pasangan mata wang ini telah menurun dengan agak perlahan dan menutup dagangan di bawah garis Tenkan semalam. Ini mungkin menunjukkan kesinambungan penurunan dinamik pada instrumen ini.

Inilah yang diperhatikan pada akhir ulasan. Percubaan kenaikkan harga pada pasangan mata wang USD/CAD untuk mengembalikan harga di atas Fibo 23.6 menemui kegagalan, dan selepas itu sebut harga telah ditolak. Pada pendapat saya, pergerakan menurun mungkin akan berterusan dalam zon harga 1.4020-1.4000 dan 1.3940-1.3900.

Jika corak kenaikan graflilin Jepun muncul di kawasan yang ditetapkan, ini akan menjadi isyarat untuk para pedagang mengambil pesanan membeli pasangan mata wang USD/CAD. Dalam kes kenaikan harga ke tahap 1.4550 dan penampilan isyarat graflilin menurun, anda boleh cuba menjual dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap 1.4500 dan 1.4420.

Tidak jelas sama ada ini adalah pembalikan atau pasangan mata wang sedang diperbetulkan. Saya tidak mencadangkan pembukaan pesanan tanpa isyarat pengesahan. Oleh sebab penyebaran wabak COVID-19 dan langkah-langkah yang diambil, termasuk oleh bank pusat terkemuka di dunia, keadaan di pasaran pertukaran asing mungkin berubah secara dramatik. Ini terpakai kepada semua pasangan mata wang dengan dolar AS. Berhati-hati!

The material has been provided by InstaForex Company – www.instaforex.com

Rate this post
MOKAR

Author: MOKAR

Mula berdagang dalam pasaran forex sejak tahun 2003. Manakala pasaran bursa saham tempatan dan global pada tahun 2018. Menjadikan trading online sebagai kerjaya sepenuh masa pada tahun 2019. Kerjaya sebelum ini adalah seorang salesman kereta. Berpengalaman dengan pelbagai teknik dan perguruan tetapi akhirnya sangat serasi dengan teknik FMCBR @ Fibo Musang melalui guruku Cikgu Baha & Cikgu Zul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *