Bab 5 : Apa Itu Margin Dan Leverage Dalam Forex

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

Margin

Apa yang membuatkan forex menarik adalah forex bukan sahaja untuk spekulator besar yang terdiri daripada bank, institusi dan para billionaire atau digelar jerung sahaja yang boleh berdagang tetapi boleh juga untuk pedagang kecil atau bilis seperti kita. Mekanisma inilah dipanggil sebagai margin dagangan (margin trading). Tanpa margin agak sukar untuk saya dan anda berdagang di pasaran forex kerana memerlukan modal yang besar kerana jumlah kontrak sebenar untuk forex adalah 1 lot bersamaan sekitar 100,000 US Dollar. Margin dagangan digunakan bagi menyediakan akses kepada pasaran untuk pedagang yang mempunyai modal kecil. Broker InstaForex lot standardnya adalah 10,000 USD yang menjadikan minima deposit adalah 1 USD. Jika besar jumlah lot standard sesuatu broker maka jumlah minima depositnya juga tinggi.

Leverage

Secara mudah, leverage adalah ciri yang membolehkan strategi pelaburan menggunakan wang yang dipinjam. Matlamatnya adalah untuk mendapatkan potensi keuntungan yang lebih besar. Mungkin anda pernah dengar istilah syarikat dengan leverage yang besar, ini bermakna syarikat mempunyai lebih banyak hutang daripada ekuiti. Maka apakah hubungan leverage dengan forex trading?

Dengan adanya leverage kita mampu trade seolah-olah ada modal besar. Sebab itu jangan hairan mengapa kita boleh buka lot besar dengan modal kecil. Besar atau kecil leverage bergantung dengan apa yang broker tawarkan.

Contoh leverage;

Sebagai contoh, leverage 1:100 (1% dari modal). Nisbah ini menunjukkan margin atau deposit yang broker kenakan, selebihnya broker dahulukan (bagi pinjam). Katakanlah anda cuba trade $100,000, jadi broker perlukan $1000 deposit dari anda untuk membuka position itu. Maksudnya anda mampu membuat pinjaman dagangan 100 kali ganda dari modal anda ($1000×100=$100,000).

Pendapat saya, jangan pilih yang terlalu rendah seperti 1:1 kerana modal yang diperlukan sudah pasti sangat besar. Namun leverage yang terlalu tinggi seperti 1:1000 dan 1:3000 juga boleh jadi sangat bahaya bila tidak digunakan dengan betul kerana risikonya juga lebih tinggi. Ini kerana penggunaan lot yang melebihi kekuatan modal berpotensi mengaburkan pertimbangan ketika mengambil keputusan trading.

Soalan Latihan

1. Apa itu margin secara ringkas?
2. Apa itu leverage secara ringkas?
3. Leverage yang mana paling berisiko?

Tahniah! anda berjaya menghabiskan pembelajaran ke-5. Semoga bermanfaat!

Bab Seterusnya

Belajar Forex Bahasa Melayu seterusnya sila klik butang di bawah.
Bab 6 : Cara Melaksanakan Trade Di Platform

Bab 5 : Apa Itu Margin Dan Leverage Dalam Forex
5 (100%) 17 vote[s]
MOKAR

Author: MOKAR

Mula berdagang dalam pasaran forex sejak tahun 2003. Manakala pasaran bursa saham tempatan dan global pada tahun 2018. Menjadikan trading online sebagai kerjaya sepenuh masa pada tahun 2019. Kerjaya sebelum ini adalah seorang salesman kereta. Berpengalaman dengan pelbagai teknik dan perguruan tetapi akhirnya sangat serasi dengan teknik FMCBR @ Fibo Musang melalui guruku Cikgu Baha & Cikgu Zul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *