Belajar Forex Bahasa Melayu

Be;ajar Forex Bahasa Melayu

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

Saya mulakan entry ini sebagai cabaran untuk saya yang telah terjun ke dalam dunia blogging untuk memberikan sesuatu mudah-mudahan bermanfaat untuk saya dan semua pembaca. Saya mohon kepada Allah SWT agar diberikan kekuatan di atas kurniaan masa, idea, tenaga dan kesihatan untuk terus menulis, menyusun, mengedit dan segala yang berkaitan dengannya.

Page ini saya jadikan Isi Kandungan untuk setiap bab Belajar Forex Bahasa Melayu Percuma yang akan saya tulis nanti. Jadi anda perlu rujuk page ini terlebih dahulu untuk baca kandungan bab-bab yang disediakan. Saya cuba susun ikut step yang sepatutnya seorang trader perlu tahu terlebih dahulu. Walau bagaimanapun saya sangat sarankan untuk anda berguru secara formal untuk faham lebih mendalam berkaitan ilmu forex ini.

Bagaimana Ianya Akan Memberi Manfaat Kepada Anda?

Apabila anda mengikuti secara bersungguh inshaAllah:

  • Anda akan dapat mengetahui asas tentang forex;
  • Anda akan dapat mengetahui asas analisis teknikal dan fundamental yang merupakan suatu keharusan bagi semua trader forex untuk membuat ramalan sebarang perubahan harga;
  • Anda akan belajar bagaimana berdagang secara online menggunakan  platform MetaTrader 4, platform yang terkenal dan paling mudah;
  • Anda akan mendapat pandangan tentang psikologi pasaran dan peserta untuk melakukan dagangan.

Selain itu, pembelajaran ini akan membantu memberi keyakinan pada diri anda untuk membuat keputusan dengan bijak. Apabila selesai pembelajaran, inshaAllah anda boleh membuat analisa berkenaan situasi semasa dalam Forex dan berdagang tanpa mengharapkan signal atau ikut-ikut secara membuta tuli dengan bahasa mudahnya ‘gamble’.

Isi Kandung Bagi Pembelajaran Asas Forex Percuma

Bab 1: Pengenalan Forex
Bab 2: Operasi Asas Platform Metatrader 4
Bab 3: Trend Forex, Jenis Chart & Candlestick
Bab 4: Jenis & Nilai Tukaran (Exchange Rate)
Bab 5: Apa Itu Margin Dan Laverage Dalam Forex
Bab 6: Cara Melaksanakan Trade Di Platform
Bab 7: Pengenalan Kepada Teknikal Analisis
Bab 8: Video Tutorial Penggunaan Indikator
Bab 9: Analisa Trend
Bab 10: Analisa Graphic Pattern
Bab 11: Analisa Candlestick
Bab 12: Analisa Wave, Prinsip Elliott Wave
Bab 13: Analisa Matematik
Bab 14: Analisa Fundamental
Bab 15: Sistem Trading
Bab 16: Pengurusan Risiko
Bab 17: Psikologi Dagangan
Bab 18: Checklist Seorang Serius Trader

PERINGATAN! Anda Tidak Akan Dapat Tanpa Sebarang Usaha!
Jadi apa yang perlu anda lakukan ialah;

  • Usaha!
  • Usaha!
  • Dan Usaha! untuk hadam ilmu yang anda dapat dengan cara banyakkan latihan.

I Follow! U?


P/S : Ramai yang email saya bertanyakan kelas untuk belajar secara serius. Buat masa ini saya hanya buat kelas secara personal coaching sahaja itu pun atas permintaan. Personal coaching saya ada bayaran tapi inshaAllah yurannya berpatutan dan berbaloi dengan masa dan input yang diberikan. Info lanjut boleh contact saya melalui telegram @mkamintrader atau klik gambar di bawah.

Belajar Forex Bahasa Melayu
5 (100%) 48 vote[s]