Cara Download Indikator Fibo Heart di MetaTrader 4

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

Selamat berpuasa semua! Ramai yang mesej saya secara personal bertanya tentang indikator Fibo Heart, jadi saya buat satu entri khas berkenaan cara-cara download dan setting indikator tersebut.

Cara Download
Ada 2 cara download indikator Fibo Heart. Boleh pilih salah satu;

Cara Pertama : Melalui link MQL5

Langkah 1 : Klik link https://www.mql5.com/en/market/product/38621

Langkah 2 : Klik Download

Langkah 3 : Klik “Yes, I Have MetaTrader 4”
Jika anda belum pernah ada akaun boleh klik di sini untuk info buka akaun dan download platform.

Langkah 4 : Klik “Open URL:MQL4 Buy Protocol”

Langkah 5 : Bila MetaTrader 4 anda telah dibuka, klik icon ‘Navigator’ atau anda boleh guna keyboard shortcut CTRL+N

Langkah 6 : Di window Navigator, pilih Market > right click indikator Fibo Heart > Attach to a chart. Atau cara lebih mudah drag sahaja indikator tu ke dalam chart.

Selesai.

Cara Kedua : Di dalam market MetaTrader 4

Langkah 1 : Buka MetaTrader 4
Jika anda belum pernah ada akaun boleh klik di sini untuk info buka akaun dan download platform.

Langkah 2 : Klik icon ‘Terminal’ atau anda boleh guna keyboard shortcut CTRL+T

Langkah 3 : Pilih tab ‘Market’

Langkah 4 : Search “fibo heart”

Langkah 5 : Klik Fibo Heart Indi untuk download

Langkah 6 : Klik download dan tunggu sehingga download selesai.

Langkah 7 : Klik icon ‘Navigator’ atau anda boleh guna keyboard shortcut CTRL+N

Langkah 6 : Di window Navigator, pilih Market > right click indikator Fibo Heart > Attach to a chart. Atau cara lebih mudah drag sahaja indikator tu ke dalam chart.

Selesai.

Sekiranya anda merasakan perlu saya buat support group bolehlah berikan vote anda di bawah.

Semoga bermanfaat!

Nak tau cara setting email & mobile push notification? Klik di sini.

Cara Download Indikator Fibo Heart di MetaTrader 4
5 (100%) 8 vote[s]
MOKAR

Author: MOKAR

Mula berdagang dalam pasaran forex sejak tahun 2003. Manakala pasaran bursa saham tempatan dan global pada tahun 2018. Menjadikan trading online sebagai kerjaya sepenuh masa pada tahun 2019. Kerjaya sebelum ini adalah seorang salesman kereta. Berpengalaman dengan pelbagai teknik dan perguruan tetapi akhirnya sangat serasi dengan teknik FMCBR @ Fibo Musang melalui guruku Cikgu Baha & Cikgu Zul.

3 Replies to “Cara Download Indikator Fibo Heart di MetaTrader 4

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *