Bab 6 : Cara Melaksanakan Trade Di Platform

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

Alhamdulillah, bab ini sudah masuk permulaan kepada praktikal dan semestinya ia adalah aktiviti yang paling kerap diulang-ulang oleh seorang trader di dalam platform dagangan (MetaTrader 4). Saya harap anda telah download platform MetaTrader 4 dan telah membuka akaun demo seperti saranan saya di Bab 2 : Operasi Asas Platform Metatrader 4.

3 Perkara Untuk Trade

Baiklah, untuk lebih ringkas aktiviti yang saya maksudkan di atas adalah;

  1. Membuka posisi (order) – buy/bell
  2. Menunggu dengan penuh sabar
  3. Menutup posisi – profit/loss

Mudahkan? Tapi anda harus ingat aktiviti ini bukanlah cara trading yang sebenar. Bukan main tekan jer..Bila anda membuka posisi itu bermaksud anda telah yakin dengan keputusan yang telah dibuat. Keputusan itu terhasil dari analisis yang telah anda lakukan sama ada teknikal ataupun fundamental analisis.

Nah, sekarang sila buka platform anda dan tonton video tutorial di bawah.

Pilihan Jenis Posisi (Order)

1.Instant Execution : Posisi anda terus dibuka jika anda tekan Buy/Sell

2. Pending Order (PO) : Posisi akan dibuka setelah harga di chart sampai pada order anda. Ada 2 jenis PO;

  • Limit Order : Order yang kita harap graf bergerak ke harga yang kita inginkan kemudian berpatah balik.
  • Stop Order : Order yang kita harap graf bergerak ke harga yang kita inginkan kemudian menyambung pergerakan.

Di bawah ini gambaran tentang Limit/Stop Order untuk Buy/Sell.

Stop Loss Dan Take Profit

Stop Loss : Untuk set tahap kerugian bila graf menyentuh nilai ini, maka sistem secara automatik akan menutup posisi anda.

Take profit : Untuk set tahap keuntungan bila graf menyentuh nilai ini, maka sistem secara automatik akan menutup posisi anda.

Trailing Stop

Trailing Stop adalah arahan penutupan order dalam trading forex yang sifatnya bergerak (tidak statik). Berbeza dengan Stop Order biasa, Trailing Stop akan bergerak mengikut pergerakan harga dengan jarak pips yang telah kita set. Untuk lebih detail sila tonton video di bawah.

Soalan Latihan

1. Terangkan jenis order.
2. Apa itu pending order?
3. Bagaimana situasi untuk membuat Limit Order?
4. Apa itu Trailing Stop?
6. Buka platform dan praktiskan pelajaran di atas.

Tahniah! anda berjaya menghabiskan pembelajaran ke-6. Semoga bermanfaat!

Bab Seterusnya

Belajar Forex Bahasa Melayu seterusnya sila klik butang di bawah.
Bab 7 : Pengenalan Kepada Teknikal Analisis

Bab 6 : Cara Melaksanakan Trade Di Platform
5 (100%) 16 vote[s]
MOKAR

Author: MOKAR

Mula berdagang dalam pasaran forex sejak tahun 2003. Manakala pasaran bursa saham tempatan dan global pada tahun 2018. Menjadikan trading online sebagai kerjaya sepenuh masa pada tahun 2019. Kerjaya sebelum ini adalah seorang salesman kereta. Berpengalaman dengan pelbagai teknik dan perguruan tetapi akhirnya sangat serasi dengan teknik FMCBR @ Fibo Musang melalui guruku Cikgu Baha & Cikgu Zul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *