Cara Setting Email & Mobile Push Notification Untuk Indikator Fibo Heart

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

Sebelum ini saya dah kongsikan cara-cara download Indikator Fibo Heart, kali ni pula saya nak kongsikan cara setting notification untuk email dan mobile (smartphone / tablet). Notification penting untuk kita alert dengan signal yang indikator berikan. Saya amat syorkan anda setkan untuk email juga kerana mobile notification ada limit. Ini ada dinyatakan di website mql4 sendiri “Strict use restrictions are set for the SendNotification() function: no more than 2 calls per second and not more than 10 calls per minute.” Boleh rujuk di sini. Jika set email notification anda tetap boleh dapat alert di mobile kerana push notication email memang ada di mobile. Saya cadangkan anda gunakan email gmail. Anda boleh buat akaun baru atau gunakan gmail yang sedia ada.

Cara setting Email alert.

Langkah 1 : Buka akaun gmail

Langkah 2 : Jadikan Less secure app access = ON (sila rujuk gambar di bawah)
– Buka www.google.com
– Klik butang google apps
– Klik Account
– Klik Security
– Scroll ke bawah, di ruangan Less secure app access
– Tukar kepada ON

Langkah 3 : Buka MetaTrader 4 (sila rujuk gambar di bawah)
– Klik Tools
– Klik Options atau boleh guna keyboard shortcut CTRL+O
– Klik Tab Email
– Klik Enable
– SMTP server : smtp.gmail.com:587
– SMTP login : masukkan email anda
– SMTP password : masukkan password email anda
– From : masukkan email anda
– To : masukkan email anda
– Klik button Test
– Check email jika anda terima email “Test message” bermaksud setting anda di atas dah berjaya.
– Klik OK

Selesai.

Cara setting Mobile Push Notication.

Langkah 1 : Salin MetaQuotes ID
– Buka MetaTrader 4 di smartphone anda
– Tap menu
– Pilih Setting
– Scroll ke bawah sehingga nampak MetaQuotes ID
– Salin ID MetaQuotes ID anda

Langkah 2 : Buka MetaTrader 4 di laptop / desktop
– Klik Tools
– Klik Options atau boleh guna keyboard shortcut CTRL+O
– Klik Tab Notications
– Klik Enable Push Notifications
– Masukkan MetaQuoates ID yang telah disalin
– Klik button Test
– Check smartphone, jika terima notification “test” bermaksud setting anda dah berjaya
– Klik OK

Selesai.

Letakkan indikator Fibo Heart di pair-pair dan timeframe yang anda minat dan sedia untuk terima notification! Contoh email alert seperti di bawah ;

Semoga bermanfaat!

P/S : Notification di email/smartphone hanya akan diterima sekiranya laptop/desktop anda dalam keadaan ON.

Cara Setting Email & Mobile Push Notification Untuk Indikator Fibo Heart
5 (100%) 17 vote[s]
MOKAR

Author: MOKAR

Mula berdagang dalam pasaran forex sejak tahun 2003. Manakala pasaran bursa saham tempatan dan global pada tahun 2018. Menjadikan trading online sebagai kerjaya sepenuh masa pada tahun 2019. Kerjaya sebelum ini adalah seorang salesman kereta. Berpengalaman dengan pelbagai teknik dan perguruan tetapi akhirnya sangat serasi dengan teknik FMCBR @ Fibo Musang melalui guruku Cikgu Baha & Cikgu Zul.

7 Replies to “Cara Setting Email & Mobile Push Notification Untuk Indikator Fibo Heart

  1. Terbaik tuan! Sy mmg trade guna teknik ni..bila ada indi lebih banyak membantu lagi2 ada alert tu..i follow u abam mk amin

  2. Mmg terbaik tuan..sy letak kat bbrp pair bila dapat notification sy just follow masuk entry..yeayyy semua popit hit tp..semoga tuan dimurahkan rezeki.

    1. ALhamdulillah tahniah tuan! Salah satu tujuan indi ni supaya tak terlepas pandang..sebelum ni kadang2 terlepas setup cantik..so betul dah tu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *