Bab 4 : Jenis & Nilai Tukaran (Exchange Rate)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

Sebahagian besar matawang dilaksanakan di pasaran Forex. Sebagai pasaran global, Forex tidak ada tempat dagangan khusus. Dagangan dibuat melalui telefon dan komputer seluruh dunia menjadikannya tidak berhenti kerana sentiasa ada orang atau organisasi yang ingin membeli atau menjual matawang. Hampir semua instrumen perdagangan didagangkan di Forex tetapi yang paling popular adalah USD, EUR, JPY, GBP dan CHF yang dipanggil “Major Currency” yang telah diterangkan dalam Bab 1: Pengenalan Forex. Mata wang ini membentuk pasangan “Major Pair” di pasaran Forex contohnya EUR/USD, GBP/USD, USD/CHF, USD/JPY.

Nilai tukaran satu matawang terhadap matawang yang lain di dalam forex menghasilkan penawaran (bid) dan permintaan (ask). Proses penetapan nilai tukaran disebut sebagai sebut harga (price quotation). Price quotation boleh jadi ‘direct’ atau ‘reversal’.

Nilai Tukaran (Exchange Rate)

Direct Quotation adalah kadar matawang yang ditetapkan kepada US Dollar ataupun USD vs mata wang asing. Juga dikenali sebagai Major Pair.

Contoh:
USD/MYR – 4.1336 bermaksud 1 US Dollar = RM4.1336
USD/CAD – 1.3384 bermaksud 1 US Dollar = 1.3384 Canadian Dollar

Reversal Quotation pula adalah kadar matawang US Dollar vs matawang asing lain. Juga dikenali sebagai Minor Pair.

Contoh:
EUR/USD – 1.2570 bermaksud 1 Euro = 1,2570 US Dollar
GBP/USD – 1,8420 bermaksud 1 pound = 1,8420 US Dollar

Selain itu, nilai matawang yang tidak berasaskan US Dollor dikenali sebagai Cross Quotation atau Cross Pair.

Contoh;
EUR/JPY
GBP/CHF

Cara bacaanya anda sudah tahu. Ya! Jika kita lihat harga di chart, itu adalah harga matawang yang dibelakang berbanding nilai 1 unit matawang didepan.

Jadi boleh difahami jika pergerakan harga di chart menaik maksudnya nilai matawang di depan (base currency) kuat manakala matawang dibelakang lemah. Begitu juga sebaliknya. Fahamkan?

Perkara ini penting untuk anda tahu kerana sekiranya ada news menyatakan sesuatu matawang itu kuat atau lemah jadi bila diterjemahkan ke dalam bentuk pair di chart, anda yakin untuk tekan butang buy atau sell seperti di bawah.

Contoh Live Quote, pair mana naik/turun? Klik pair utk lihat Exchange Rate.

Buy (Long) / Sell (Short)

Seperti kita sedia maklum pasaran forex adalah dua hala. Contoh pair EUR/USD, jika anda tekan butan Buy bermaksud anda membeli matawang Euro dan menjual matawang USD. Begitulah sebaliknya.

Lihat chart EUR/USD ini. Tahukan bila masa EUR kuat atau lemah berbanding USD?

Bid, Ask & Spread

Bid = Harga anda sell (short).
Ask = Harga anda buy (loang). Nilai ask semestinya lebih tinggi dari bid.
Spread = Perbezaan Ask-Bid (caj broker kepada anda).

Spread berbeza antara pair dan ditentukan oleh broker. Ada broker mengenakan spread dalam bentuk tetap (fixed) dan ada juga dalam bentuk terapung (variable/floating), sentiasa berubah-ubah setiap masa. Broker yang menggunakan pricing 4 decimal mengenakan caj dengan fixed spread. Manakala broker 5 decimal pula dengan variable spread. Lazimnya broker dengan variable spread mengenakan caj yang lebih murah. Tetapi ada juga broker yang menawarkan pilihan kedua-dua jenis spread tersebut.

Soalan Latihan

1. Ada berapa jenis quotation? Terangkan
2. Buka MT4 anda dan buka pair EURUSD currency mana yang tengah kuat
3. Jika anda buka posisi BUY, matawang mana yang anda jual, depan atau belakang?
4. Nyatakan maksud Bid, Ask dan Spread
5. Jika news matawang USD lemah, pair mana yang sesuai untuk Long dan Short?

Tahniah! anda berjaya menghabiskan pembelajaran ke-4. Semoga bermanfaat!

Bab Seterusnya

Belajar Forex Bahasa Melayu seterusnya sila klik butang di bawah.
Bab 5 : Apa Itu Margin Dan Leverage Dalam Forex

Bab 4 : Jenis & Nilai Tukaran (Exchange Rate)
5 (100%) 18 vote[s]
MOKAR

Author: MOKAR

Mula berdagang dalam pasaran forex sejak tahun 2003. Manakala pasaran bursa saham tempatan dan global pada tahun 2018. Menjadikan trading online sebagai kerjaya sepenuh masa pada tahun 2019. Kerjaya sebelum ini adalah seorang salesman kereta. Berpengalaman dengan pelbagai teknik dan perguruan tetapi akhirnya sangat serasi dengan teknik FMCBR @ Fibo Musang melalui guruku Cikgu Baha & Cikgu Zul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *