Bab 2 : Operasi Asas Platform Metatrader 4

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

Pendahuluan

Di zaman teknologi maklumat dan penambahbaikan internet kini perdagangan di pasaran kewangan dilaksanakan menggunakan Trading Platform/Terminal yang hanya mengambil masa beberapa saat sahaja untuk membuka atau menutup posisi. Berbanding zaman dahulu yang memerlukan pedagang menghubungi broker melalui panggilan telefon untuk berbuat demikian.

Trading Platform

Trading platform adalah software yang digunakan untuk melaksanakan segala urusan dagangan Forex seperti
membuat analisa dan membuka/menutup posisi. Ada 3 jenis trading platform;

Web Base – Tidak perlu install sebarang perisian. Cukup dengan hanya menggunakan browser sahaja.
MetaTrader – Perisian yang memerlukan anda install di dalam desktop/laptop.
Aplikasi Mobile – Perisian yang memerlukan anda install di dalam smartphone/tablet.

Trading platform yang paling popular dan ramai trader seluruh dunia gunakan adalah MetaTrader 4. Ini kerana paparan antaramukanya yang user friendly di samping ada pelbagai tools untuk pedagang membuat teknikal analisis. MetaTrader 4 boleh dipasang di desktop/laptop dan mobile anda.

Melalui trading platform trader boleh mendapatkan pelbagai maklumat penting dan bebas memilih instrumen untuk didagangkan, ini menjadikan proses pembelajaran jauh lebih mudah lagi-lagi adanya akaun demo untuk pedagang baru membuat latihan seumpama berdagang diperdagangan sebenar.

Buka Akaun Demo

Saya cadangkan anda buka akaun demo terlebih dahulu bagi mendapatkan gambaran jelas untuk sesi pembelajaran seterusnya nanti. Isi borang di bawah untuk dapatkan Login ID dan Password akaun demo kemudian download perisian MetaTatrader 4.


Step 1
<a href="https://www.instaforex.com/">InstaForex is a universal Forex portal for traders</a>

Step 2
Klik untuk download MetaTrader 4

Step 3
Semak email untuk dapatkan maklumat berkenaan akaun demo anda.


Selepas selesai 3 step di atas, buka platform untuk login ke akaun demo dan sedia untuk explore. Berikut contoh paparan untuk login ke akaun demo anda.

Soalan Latihan

1. Ada berapa jenis trading platform?
2. Apakah trading platform yang paling popular?
3. Sudahkah anda buka akaun demo dan explore platform?

Tahniah! anda berjaya menghabiskan pembelajaran ke-2. Semoga bermanfaat!

Bab Seterusnya

Belajar Forex Bahasa Melayu seterusnya sila klik butang di bawah.
Trend Forex, Jenis Chart & Candlestick

Bab 2 : Operasi Asas Platform Metatrader 4
5 (100%) 13 vote[s]
MOKAR

Author: MOKAR

Mula berdagang dalam pasaran forex sejak tahun 2003. Manakala pasaran bursa saham tempatan dan global pada tahun 2018. Menjadikan trading online sebagai kerjaya sepenuh masa pada tahun 2019. Kerjaya sebelum ini adalah seorang salesman kereta. Berpengalaman dengan pelbagai teknik dan perguruan tetapi akhirnya sangat serasi dengan teknik FMCBR @ Fibo Musang melalui guruku Cikgu Baha & Cikgu Zul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *