Bab 1: Pengenalan Forex

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

Apa Itu Forex?

Istilah Forex  merupakan singkatan kepada Foreign Exchange bermaksud Pertukaran Asing. Ia bermaksud pertukaran di antara satu matawang kepada matawang lain di dalam pasaran kewangan. Forex telah wujud sejak tahun 70-an lagi. Ia telah berkembang dengan pesat dan menjadi salah satu daripada pasaran yang paling banyak diniagakan di dunia pada hari ini. Perolehan dagangan harian dalam pasaran Forex bernilai hampir 5 trilion dolar Amerika.

Prinsip utama bagi matawang adalah keperluan agensi-agensi kerajaan dan syarikat-syarikat komersial di seluruh dunia untuk menukar keuntungan yang dijana di luar negara kepada matawang negara mereka. Walau bagaimanapun, bahagian mereka hanya menyumbang 5% daripada perolehan Forex. Baki 95% datang dari modal spekulatif pedagang matawang yang memberikan tumpuan dalam mendapatkan keuntungan daripada turun naik harga matawang.

Forex merupakan satu pelaburan yang paling popular kerana pulangan keuntungannya yang tinggi. Keuntungan boleh mencapai sehingga 100% dalam masa beberapa hari. Akibat pergerakan yang cepat tersebut, tidak dinafikan forex juga berisiko tinggi untuk mengalami kerugian apabila anda tidak mempunyai pengetahuan yang cukup.

Matawang Utama Dalam Trading Forex

Terdapat 8 matawang utama (major) dalam Forex:

Dalam forex trading, matawang didagangkan secara berpasangan dan disebut sebagai ‘pair’. Terdapat Major Pair, Minor Pair dan Exotic Pair.

Major Pair

Matawang yang berpasangan dengan USD

Minor Pair

Matawang utama yang berpasangan dengan selain USD. Juga dikenali sebagai Cross Pair.

Exotic Pair

Matawang utama yang berpasangan dengan matawang lain.

Sesi Dagangan Forex

Pasaran Forex beroperasi 24 jam sehari apabila bank-bank dari pelbagai negara beroperasi dan berdagang secara aktif selama 5 hari seminggu (Isnin-Jumaat). Pasaran ditutup pada hari Sabtu dan Ahad termasuk hari Cuti Umum. Jadi anda hanya boleh trade forex 20 hari dalam sebulan. Jika ada buat profit sehari 50 dollar, pendapatan sebulan anda 1000 dollar! Convert duit kita jadi +-RM4000. Terdapat empat sesi dagangan utama iaitu Amerika (New York), Eropah (London), Asia (Tokyo) dan Pacific (Sydney) seperti di bawah (live market hours).

Kepentingan Mengetahui Waktu Dagangan Forex

  1. Jika anda tahu waktu dagangan, mudah untuk urus jadual harian dengan lebih berkesan.
  2. Setiap sesi mempunyai ciri tersendiri yang boleh digunakan untuk meningkatkan prestasi dagangan anda.
  3. Apabila sesi forex bertindih, jumlah dagangan mencapai puncaknya. Ia adalah tempoh perdagangan yang paling aktif.

Ciri-Ciri Sesi Dagangan

Sesi Amerika (New York)

Waktu pasaran Amerika dibuka pada jam 8:00 malam hingga 4:00 pagi waktu Malaysia. Mempunyai kecairan yang tinggi kerana ia adalah sesi dagangan terakhir. Sesi Amerika ini dianggap sebagai sesi yang paling agresif disebabkan pertindihan 4 jam pertama dengan sesi eropah. Pair yang paling aktif didagangkan ialah:

  1. EUR/USD
  2. GBP/USD
  3. USD/CAD
  4. USD/CHF
  5. GBP/CAD

Sesi Eropah (London)

Waktu pasaran Eropah dibuka pada jam 3:00 petang hingga 11:00 malam waktu Malaysia iaitu dipenghujung sesi Asia. Sesi Eropah mencapai puncak dagangan dalam tempoh 2 atau 3 jam pertama kemudian pasaran mula perlahan. Pair yang popular didagangkan ialah:

  1. EUR/USD
  2. GBP/USD
  3. EUR/GBP
  4. USD/CHF
  5. GBP/CHF
  6. GBP/JPY

Sesi Asia (Tokyo)

Waktu pasaran Eropah dibuka pada jam 7:00 pagi hingga 3:00 petang waktu Malaysia. Aktiviti dagangan adalah sederhana, pair yang paling popular ialah

  1. USD JPY
  2. GBP/JPY
  3. AUD/JPY

Sesi Pasifik (Sydney)

Waktu pasaran Pasifik dibuka pada jam 5:00 pagi hingga 1:00 petang waktu Malaysia. Sesi Pasifik adalah yang paling perlahan. Oleh kerana aktiviti perdagangan yang perlahan, pedagang sering menggabungkan sesi Pasifik dan Sesi Asia.

Masa Terbaik Untuk Trade Forex

Isnin : Kebiasaannya aktiviti dagangan agak perlahan, mungkin faktor baru mula bekerja.
Selasa, Rabu, Khamis : Aktiviti dagangan paling aktif.
Jumaat : Sukar dijangka kerana trader lebih cenderung untuk menutup posisi.

Dengan menyedari 4 sesi utama di atas beserta pair berkaitan anda boleh mencari tempoh terbaik untuk berdagang seterusnya meningkatkan prestasi dagangan anda.

Kelengkapan Asas Untuk Trade Forex

1- Smartphone – Kebiasaannya digunakan untuk monitor posisi dagangan
2- Laptop/Desktop – Lebih praktikal untuk melakukan analisa
3- Internet – Broadband atau talian tetap
4- Platform Metatrader – Nanti akan dikupas dalam bab khas

Soalan Latihan

1. Apakah pasaran Forex?
2. Dagangan Forex berapa jam sehari?
3. Sebulan berapa hari boleh trade Forex?
4. Pasangan matawang disebut sebagai apa?
5. Berapa sesi dagangan forex? Sebutkan satu persatu.
6. Matawang yang berpasangan dengan USD disebut sebagai apa? Berikan 3 contoh.
7. Sesi manakah yang paling agresif? Berikan 3 contoh pair yang aktif.
8. Hari apakah dagangan Forex paling aktif?

Tahniah! anda berjaya menghabiskan pembelajaran pertama. Semoga bermanfaat!

Bab Seterusnya

Belajar Forex Bahasa Melayu seterusnya sila klik butang di bawah.
Bab 2: Operasi Asas Platform Metatrader 4

Bab 1: Pengenalan Forex
5 (100%) 31 vote[s]
MOKAR

Author: MOKAR

Mula berdagang dalam pasaran forex sejak tahun 2003. Manakala pasaran bursa saham tempatan dan global pada tahun 2018. Menjadikan trading online sebagai kerjaya sepenuh masa pada tahun 2019. Kerjaya sebelum ini adalah seorang salesman kereta. Berpengalaman dengan pelbagai teknik dan perguruan tetapi akhirnya sangat serasi dengan teknik FMCBR @ Fibo Musang melalui guruku Cikgu Baha & Cikgu Zul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *