Bab 7 : Pengenalan Kepada Teknikal Analisis

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

Pendahuluan

Sebelum kita mula mempelajari kaedah dan cara yang digunakan untuk teknikal analisis, perlu diketahui teknikal analisis bermula pada pertengahan abad ke-19 di mana para pedagang membuat dagangan dengan pelbagai bahan dan nilai seragam dalam pasaran. Ini membuatkan para pedagang tidak memberi tumpuan sangat kepada siapakah rakan niaga tetapi fokus kepada pergerakan harga dan volume.

Kenapa teknikal analisis begitu popular di kalangan profesional selama lebih dari satu abad? Kerana ia begitu ekstensif & fleksibel, senang cerita ianya mudah dan berkesan! Tapi perlu faham caranya. Teknikal analisis terpakai kepada mana-mana instrumen perdagangan sama ada saham, indeks, pasaran hadapan ataupun forex kerana harga dipengaruhi oleh kuasa penawaran dan permintaan.

Apa Itu Teknikal Analisis?

Analisis teknikal adalah metod analisis matematik untuk meramalkan hala tuju harga dengan menganalisis statistik yang dihasilkan oleh aktiviti pasaran seperti harga dan volume sebelumnya. Penganalisis teknikal menggunakan carta dan alat lain untuk mengenal pasti corak yang boleh mencadangkan aktiviti masa depan dan boleh dilakukan di mana-mana time frame dari satu minit ke satu bulan. Ianya tidaklah tepat 100% tetapi banyak membantu dalam trading. Saya sendiri banyak menggunakan Teknikal analisis dalam trading. Anda?

Perbezaan antara analisis teknikal dan fundamental adalah analisis teknikal menganalisis harga, volume dan maklumat pasaran lain manakala analisis fundamental menilai fakta sebenar pasaran, mata wang atau komoditi. Kebanyakan institusi broker atau kewangan akan mempunyai kedua-dua pasukan analisis teknikal dan fundamental.

Terdapat 3 andaian asas untuk diikuti dalam analisis teknikal:

1- Segala-galanya harus dianggap sebagai pergerakan pasaran.
Analisis teknikal hanya mempertimbangkan pergerakan harga dan mengabaikan faktor fundamental syarikat. Harga pasaran mendedahkan segala-galanya yang boleh mempengaruhi syarikat ianya menghapuskan keperluan untuk mempertimbangkan faktor fundamental secara berasingan.

2- Pergerakan Harga dalam Trend
Pergerakan harga dipercayai mengikuti trend. Selepas suatu trend telah dibentuk, pergerakan harga masa depan cenderung untuk bergerak dalam arah yang sama dengan trend berbanding bertentangan dan ia biasanyakan berlanjutan untuk suatu tempoh masa. Kebanyakan strategi dagangan teknikal adalah berdasarkan andaian ini.

3- Sejarah Cenderung untuk Berulang
Sejarah berulang semula dengan corak yang biasa dan boleh diramalkan. Corak tersebut dihasilkan oleh pergerakan harga dan dipanggil isyarat. Objektif seorang penganalisis teknikal adalah untuk mengetahui isyarat semasa pasaran. Disebabkan oleh pengulangan pergerakan harga, peserta pasaran cenderung untuk memberikan reaksi yang konsisten dengan rangsangan pasaran dari masa ke semasa.

Kenapa Menggunakan Teknikal Analisis?

Analisis teknikal banyak digunakan oleh pedagang disebabkan satu alasan mudah- ia berkesan. Dengan analisis teknikal sebagai alat dagangan utama, terdapat beribu pedagang yang mendapat keuntungan dalam pasaran berulang kali. Namun, analisis teknikal bukanlah “Mangkuk Suci” (Holy Grail)! Teknikal analisis mudah untuk diikuti berbanding analisis fundamental disebabkan penggunaan fakta dan statistiknya berbanding maklumat data yang perlu diinterpretasi. Maka, analisis teknikal adalah lebih mudah untuk dikuasai berbanding analisis fundamental.

Di Mana Nak Buat Teknikal Analisis?

Analisis dilakukan di chart (sila semak bab 3) dengan indikator dan tools yang disediakan di dalam platform. Tinggal lagi anda perlu tahu fungsi dan cara guna mengikut gaya trade masing-masing. Sebaiknya elakkan penggunaan indikator yang terlalu banyak menyebabkan chart bercelaru dan berwarna-warni kerana ia menyukarkan untuk anda membuat keputusan.

Indikator Asas Teknikal

Indikator teknikal adalah alat dagangan terpenting yang bertujuan sebagai alat untuk membuat keputusan samada ingin masuk, keluar, atau hold dalam trading. Dipanggil indikator teknikal kerana ia hanya memberi data statistik pasaran. Ianya tidak menjejaki data asas instrumen perdagangan seperti pendapatan dan margin keuntungan syarikat.

Secara asasnya, indikator teknikal boleh dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu;
1- Indikator Trend
2- Indikator Momentum

Indikator Trend

Menganalisis arah turun naik harga di pelbagai time frame. Indikator trend adalah alat serba boleh yang bermanfaat untuk strategi perdagangan anda. Contoh;

  • Moving Average
  • Bollinger Band
  • Parabolic SAR

dan banyak lagi..

Indikator Momentum

Menganalisis kekuatan atau kelemahan sesuatu trend. Contoh;

  • MACD
  • RSI
  • Stochastic

dan banyak lagi..

Untuk lebih detail tentang indikator saya telah sediakan di bab yang seterusnya.

Soalan Latihan

1. Apa itu teknikal analisis?.
2. Apakah perbezaan teknikal analisis dan fandamental analisis?
3. Secara ringkas, sebutkan jenis indikator analisis?

Tahniah! anda berjaya menghabiskan pembelajaran ke-7. Semoga bermanfaat!

Bab Seterusnya

Belajar Forex Bahasa Melayu seterusnya sila klik butang di bawah.
Bab 8: Video Tutorial Penggunaan Indikator

Bab 7 : Pengenalan Kepada Teknikal Analisis
5 (100%) 13 vote[s]
MOKAR

Author: MOKAR

Mula berdagang dalam pasaran forex sejak tahun 2003. Manakala pasaran bursa saham tempatan dan global pada tahun 2018. Menjadikan trading online sebagai kerjaya sepenuh masa pada tahun 2019. Kerjaya sebelum ini adalah seorang salesman kereta. Berpengalaman dengan pelbagai teknik dan perguruan tetapi akhirnya sangat serasi dengan teknik FMCBR @ Fibo Musang melalui guruku Cikgu Baha & Cikgu Zul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *