Selamat Datang Ke Blog iFollow.Pro

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

Selamat datang kepada semua pengunjung blog iFollow.Pro! Blog ini baru sahaja dilancarkan sebagai tanda rasminya saya sebagai full time trader. Blog ini saya wujudkan sebagai medium untuk perkongsian maklumat yang berkaitan dengan dunia trading forex dan saham. Segala perkongsian hanyalah untuk rujukan dan proses pembelajaran berterusan saya dan sesiapa sahaja yang berminat untuk #follow. Saya amatlah mengalu-alukan pandangan dan teguran daripada pakar-pakar di luar sana.

Pengalaman saya bermula pada tahun 2003 banyak membantu cara trading saya sekarang. Bagi pembaca yang masih baru dan ingin menceburi bidang ini nasihat saya buatlah kajian terperinci dan carilah guru untuk belajar forex dengan cara yang benar. Saya mula mengenali forex ketika masih belajar di universiti tempatan. Pada cuti semester saya buat part time di sebuah syarikat forex di ibu negara sebagai Sales Executive.

Tugas saya ketika itu adalah mencari pelanggan untuk membuat pelaburan. Secara tidak langsung saya belajar dan mengenali sedikit sebanyak tentang forex. Bermula dari situ saya mula meng’explore’ dunia ini dan mula aktif berforum di carigold.com (akaun pertama saya dah lupa password termasuk password email lama.).. Masa berlalu dan saya mula bekerja pada tahun 2006 dan masih aktif ‘memorex’ dan berforum sehinggalah tahun 2012 kemudian dah jadi kurang aktif disebabkan kekangan masa kerja dan lain-lain.

Saya lihat banyak id yang saya kenal di forum suatu ketika dahulu masih konsisten aktif dan ada yang telah menjadi IB dan bergelar sifu. Tahniah saya ucapkan kepada mereka semua! Banyak kenangan pahit dan manis saya lalui dalam berforex. Walau bagaimanapun saya tidak tinggalkan segala kenangan terumanya yang pahit sebagai kenangan semata-mata tetapi sebagai pembelajaran untuk selamanya.

Kerjaya ini bukanlah saya buat hanya untuk suka-suka dan jangkamasa pendek sahaja tetapi sebagai kerjaya profesional saya dan ada matlamat yang perlu saya capai di masa hadapan inshaAllah.

Inilah sedikit salam perkenalan dan post pertama saya dalam dunia blogger forex. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada anda semua kerana membaca. InshaAllah saya akan update lagi blog ini dari masa ke semasa.

Saya doakan kita semua diberikan kesihatan tubuh badan dan akal fikiran,iman yang mantap, dan rezki yang sentiasa mencukupi. Aminn.

Kalau nak jadi PRO! Kita FOLLOW PRO! – inilah punca terbinanya blog iFollow.Pro 🙂

Forex! I make a comeback!

I Follow! U?

Yang benar,

MOKAR
www.iFollow.pro
Yang Profit Jadikan Ikutan, Yang Loss Jadikan Pengajaran

Selamat Datang Ke Blog iFollow.Pro
5 (100%) 39 vote[s]
MOKAR

Author: MOKAR

Mula berdagang dalam pasaran forex sejak tahun 2003. Manakala pasaran bursa saham tempatan dan global pada tahun 2018. Menjadikan trading online sebagai kerjaya sepenuh masa pada tahun 2019. Kerjaya sebelum ini adalah seorang salesman kereta. Berpengalaman dengan pelbagai teknik dan perguruan tetapi akhirnya sangat serasi dengan teknik FMCBR @ Fibo Musang melalui guruku Cikgu Baha & Cikgu Zul.

4 Replies to “Selamat Datang Ke Blog iFollow.Pro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *