Bab 3 : Trend Forex, Jenis Chart & Candlestick

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

Anda sudah install platform MetaTrader 4 kan? Jika belum boleh lihat bab 2 untuk download platform. Sebab pembelajaran kali ini dan seterusnya memerlukan penggunaan trading platform.

Apa Itu Trend Forex?

Ok, bagaimana seorang trader forex mendapat keuntungan ataupun mengalami kerugian? Ini terjadi disebabkan adanya pergerakan harga. Maka arah pergerakan harga itulah dipanggil sebagai trend. Untuk membentuk sesuatu trend, market tidaklah bergerak dalam bentuk satu garis lurus tetapi biasanya bergerak dalam bentuk rangkaian zigzag kadangkala kelihatan seberti bentuk tangga.

Pergerakan zigzag ini membentuk satu siri gelombang berurutan dengan level high dan low sama ada pergerakan ke atas, bawah atau sisi.

Kenapa Perlu Tahu Dan Faham Trend?

Pelbagai ungkapan dalam forex seperti “don’t fight the trend”, “follow the trend”, dan “trend is your friend”. Ini menggambarkan betapa pentingnya pemahaman tentang trend. Kita lihat sebentar istilah trend di luar dunia forex iaitu sesuatu keadaan yang menjadi trend maksudnya ramai orang yang mengikutinya atau melakukakannya. Begitu juga dalam forex, ikut untuk dapat untung. Bila trend menaik (uptrend) ramai trader yang ikut untuk buka posisi buy, bila trend menurun (downtrend) ramai trader yang ikut dengan membuka posisi sell.

Jenis Trend Dalam Forex

Seperti yang anda faham trend membentuk high dan low dan bergerak dalam bentuk zigzag. Jadi jika ke atas akan wujud lagi high yang lebih tinggi, begitu juga ke bawah akan wujud lagi low yang lebih rendah. Berikut ringkasan situasi ini.

  • Low
  • High
  • Higher Low
  • Higher High
  • Lower Low
  • Lower High

Terdapat 3 Jenis Trend

  1. Uptrend : Arah pergerakan market ke atas, juga dikenali sebagai ‘Bullish’
  2. Downtrend : Arah pergerakan market ke bawah, juga dikenali sebagai ‘Bearish’
  3. Sideway : Arah pergerakan market mendatar (ke sisi), juga dikenali sebagai ‘ranging’ atau ‘flat’

Istilah Bull(Lembu) & Bear(Beruang)

Penggunaan istilah nama haiwan ini adalah bagi menggambarkan market datang dari cara haiwan ini menyerang lawannya. Jika lembu (Bull) akan menanduk ke atas manakala beruang (Bear) mencengkam kukunya ke bawah. Ini adalah metafora untuk pergerakan market. Bull = Up, Bear = Down.

Trend Terbaik Untuk Dianalisa

Secara ringkas, trend terbahagi kepada 2 kategori;
Major Trend : Kenalpasti melalui time frame besar (H4 keatas) – Ini lebih baik untuk dianalisa
Minor Trend : Sudah pasti dilihat di time frame kecil (H1 kebawah)

Sekiranya anda lihat di time frame besar trend adalah bullish, maka untuk selamat di time frame kecil hanya cari peluang untuk buy walaupun trend di time frame kecil nampak bearish.

InshaAllah nanti akan ada bab khas berkenaan analisa trend.

Jenis Chart

Ada 3 jenis chart di dalam platform. Anda hanya perlu tekan butang ini untuk tukar paparan chart.

  1. Line Chart
  2. Bar Chart
  3. Candlestick Chart

Chart Terbaik Untuk Analisa Forex

Diantara ketiga-tiga jenis chart tersebut, majoriti trader menggunakan Candlestick Chart kerana lengkap dan mudah untuk dibaca. Nanti akan ada bab khusus berkenaan analisis candlestick.

Soalan Latihan

1. Apa itu trend?
2. Bagaimana trend terbentuk?
3. Biasanya pergerakan trend berbentuk apa?
4. Terangkan jenis dan kategori trend.
5. Terangkan bullish dan bearish.
6. Di timeframe mana paling baik untuk analisa trend?
7. Ada Berapa jenis chart? Sebutkan semua.
8. Chart jenis apa yang mudah untuk dianalisa?
9. Terangkan bull & bear candlestick.

Tahniah! anda berjaya menghabiskan pembelajaran ke-3. Semoga bermanfaat!

Bab Seterusnya

Belajar Forex Bahasa Melayu seterusnya sila klik butang di bawah.
Bab 4 : Jenis & Nilai Tukaran (Exchange Rate)

Bab 3 : Trend Forex, Jenis Chart & Candlestick
5 (100%) 16 vote[s]
MOKAR

Author: MOKAR

Mula berdagang dalam pasaran forex sejak tahun 2003. Manakala pasaran bursa saham tempatan dan global pada tahun 2018. Menjadikan trading online sebagai kerjaya sepenuh masa pada tahun 2019. Kerjaya sebelum ini adalah seorang salesman kereta. Berpengalaman dengan pelbagai teknik dan perguruan tetapi akhirnya sangat serasi dengan teknik FMCBR @ Fibo Musang melalui guruku Cikgu Baha & Cikgu Zul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *