Bab 8 : Video Tutorial Penggunaan Indikator

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

Pendahuluan

Kali ini saya nak kongsikan video tutorial yang disediakan oleh pihak InstaForex. Tutorial ini berkenaan indikator yang sering digunakan dan boleh didapati di platform MetaTrader 4. Indikator ini digunakan untuk melakukan analisis teknikal seperti yang telah saya jelaskan di bab sebelum ini.

Panduan ini boleh membantu anda mengenali, menetapkan dan mengubah parameter setiap indikator. Sila ambil perhatian bahawa isyarat indikator hanyalah alat bantuan untuk kita mendapatkan cadangan ramalan pergerakan harga dan tidaklah 100% tepat. Dalam hal ini, saya syorkan anda menggunakan beberapa analisis lain untuk membuat keputusan muktamad selain carilah seorang mentor atau guru yang boleh membimbing dalam trading anda.

Bollinger Bands

Bollinger Band adalah salah satu indikator yang digunakan oleh kebanyakan trader untuk mengukur turun naik pasaran forex. Penunjuk ini adalah alat yang berguna untuk memberitahu trader mengenai keadaan pasaran semasa sama ada ia semakin meningkat atau menurun. Seorang trader boleh membuat keputusan sama ada untuk membuka posisi baru atau tidak.


Moving Average

Moving Average adalah indikator teknikal yang paling popular dan mesra pengguna. Moving Average mencerminkan nilai penunjuk purata bagi beberapa tempoh masa dan bersifat trend-following (mengikuti tren) dan lagging (tertunda) kerana dibuat berdasarkan harga yang telah terjadi. Kelemahan indikator ini adalah isyarat palsu pada arah aliran mendatar atau kelewatan memberi isyarat.


MACD

MACD adalah singkatan kepada Moving Average Convergence Divergence, indikator ini dibangunkan oleh Gerald Appel, yang direka untuk menunjukkan arah trend dan momentum pasaran dengan mengabungkan isyarat daripada tiga siri moving average. MACD juga salah satu indikator yang popular digunakan oleh para trader.


Alligator

Alligator adalah indikator teknikal yang dibangunkan oleh Bill Williams. Sistem ini menggabungkan tiga garis moving average dengan tempoh yang berbeza. Penggunaan istilah alligator ini didasarkan pada kesamaan antara pola grafik dan bagian tubuh buaya. Bahagian tubuh tersebut ialah gigi, rahang dan bibir. Perilaku bahagian tubuh ini ditujukan untuk membantu trader dalam mengetahui pergerakan market dan memudahkan dalam mengambil keputusan yang lebih tepat. Banyak yang menilai bahwa indikator Alligator ini sangat efektif, baik ketika hendak masuk market, ingin mengenali kekuatan sesuatu trend atau ketika ingin mengatur Stop Loss.


RSI

RSI singkatan kepada (Relative Strength Index), adalah indikator teknikal yang mengukur besarnya perubahan harga dalam tempoh tertentu untuk menganalisa apakah keadaan market telah mencapai oversold atau overbought. RSI termasuk indikator teknikal yang bersifat leading iaitu mendahului pergerakan harga.


Stochastic

Stochastic salah satu indikator momentum yang popular. Indikator ini membandingkan putaran harga dalam tempoh tertentu. Indikator ini sangat sensitif terhadap pergerakan harga dan lebih sering berayun naik dan turun daripada indikator momentum lain. Bukan sekadar memberi signal awal perubahan trend tapi sering memberikan signal palsu. Jadi perlu betul-betul mahir menggunakannya.


Parabolic SAR

Parabolic SAR (Stop And Reversal) adalah salah satu indikator teknikal yang digunakan ramai. Indikator ini boleh membantu untuk menentukan sesuatu trend itu baru bermula atau akan berakhir. Indikator ini menggunakan titik atau point untuk menunjukkan potensi pembalikan trend.


Fractals

Fractals adalah salah karya Bill Williams yang popular. Indikator ini mengeluarkan tanda arrow di sesuatu tahap harga. Tanda ini membolehkan trader mengagak kecenderungan market. Fraktal terdiri daripada urutan sekurang-kurangnya 5 bar, di mana salah satu purata mempunyai puncak tertinggi dan terendah.


Di atas adalah 8 contoh indikator yang sering digunakan oleh para trader. Jika sudah mahir, anda boleh tentukan indikator mana yang sesuai dengan trading anda dan mungkin tiada dalam senarai di atas. Sekali lagi pesanan saya elakkan penggunaan indikator yang terlalu banyak.

Soalan Latihan

1. Indikator apa paling mudah untuk lihat sesuatu trend?
2. Apa itu MACD?

Tahniah! anda berjaya menghabiskan pembelajaran ke-8. Semoga bermanfaat!

Bab Seterusnya

Belajar Forex Bahasa Melayu seterusnya sila klik butang di bawah.
Bab 9: Analisa Trend (coming soon)

Bab 8 : Video Tutorial Penggunaan Indikator
5 (100%) 14 vote[s]
MOKAR

Author: MOKAR

Mula berdagang dalam pasaran forex sejak tahun 2003. Manakala pasaran bursa saham tempatan dan global pada tahun 2018. Menjadikan trading online sebagai kerjaya sepenuh masa pada tahun 2019. Kerjaya sebelum ini adalah seorang salesman kereta. Berpengalaman dengan pelbagai teknik dan perguruan tetapi akhirnya sangat serasi dengan teknik FMCBR @ Fibo Musang melalui guruku Cikgu Baha & Cikgu Zul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *